Monday 23 April 2012

Kekuatan doa bendung perlakuan buruk anak

SEJAUH manakah ibu bapa membiasakan amalan berdoa kepada Allah supaya dilindungi anak mereka daripada malapetaka serta terpelihara akidah, solat, sahsiah selain sentiasa di bawah pengawasan Allah SWT.


Semoga sentiasa dipelihara

 
Kekuatan doa dijelaskan dalam al-Quran dan hadis bagi menghalang sebarang keburukan, bala bencana dan takdir malang menimpa. Lebih-lebih lagi doa ibu bapa terhadap anak sangat mustajab dan cepat diperkenankan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan, tanpa diragui lagi iaitu doa orang dizalimi, doa orang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)


Perhubungan manusia dengan Allah berlaku dalam ibadat solat serta amalan sunat seperti berzikir, bersedekah, menyertai majlis ilmu dan lain-lain. Berdoa adalah pergantungan manusia kepada Allah SWT.
 
Peranan ibu bapa dalam memastikan anak gadis tidak terjebak dengan fenomena lari dari rumah kerana terpedaya cinta, kehidupan liar, gaya hidup terlampau dan sebagainya mempunyai hubung kait dengan kekuatan berdoa kepada Allah serta sejauh mana diamalkan dalam kehidupan harian.
 
Pendidikan agama perlu ditanam dalam hati anak melalui usaha membawa mereka menghadiri kuliah agama di masjid atau bersama menonton program ceramah agama di televisyen selain memperuntukkan bajet membeli bahan bacaan ilmiah bermutu kepada anak.
 
Perhatian ibu bapa terhadap soal ibadat fardu anak dan asas kefahaman terhadap ajaran agama secara mendalam dapat membendung kecenderungan daripada bersikap derhaka atau terpengaruh dengan kehidupan melekakan.
Tidak dinafikan kebebasan diberikan kepada anak menyebabkan berlaku pergaulan bebas lelaki dan wanita yang menjurus kepada pelbagai gejala tidak sihat. Mudah sekali untuk kita melihat remaja lelaki dan perempuan masih berlegar walaupun hari sudah larut malam.
 
Ini menimbulkan persoalan di manakah ibu bapa mereka dan apakah keluarga tahu kegiatan anak remaja mereka yang masih tidak pulang rumah sedangkan sepatutnya waktu itu mereka berada bersama keluarga.
 
Kecuaian serta kealpaan masyarakat menangani persoalan itu menyebabkan berlaku perkara tidak sepatutnya seperti dilaporkan media massa mengenai pelajar ditangkap khalwat, menunggang motosikal tanpa lesen atau berpeleseran di pusat hiburan.
 
Selain digalakkan berdoa untuk kesejahteraan anak, ibu apa juga perlu menjalankan tanggungjawab mendidik serta mengawasi mereka supaya tidak tersasar daripada landasan kehidupan berpandukan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
 
Doa harapan terakhir selepas tanggungjawab dipenuhi dan usaha dilakukan untuk memastikan anak sentiasa terpelihara daripada perkara tidak diingini. Ibu bapa perlu bertawakal dengan berdoa kepada Allah demi kesejahteraan anak mereka.
 
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku akan perkenankan doa permohonan mu.” (Surah al-Mu’min, ayat 60)

PETUA MUDAH MENGHAFAL QURAN

Antaranya:

1. jangan memakan kepala ikan dan kepala udang
2. jangan makan organ dalaman seperti limpa, hati, perut, usus, jantung dan peparu.
3. jangan minum air yang ada semut4. jangan selalu makan asam.
5. jangan makan kulit ayam6. jangan makan jajan (makanan ringan)
7. jangan makan ekor ikan8. jangan makan daging garis hitam pada daging ikan
9. jangan lalu di bawah ampaian.
10. jangan menyapu di waktu malam
11. pakai kain mulakan dari bawah (arah kaki naik ke kepala)
12. Baca al-quran malam-malam
13. lakukan solat tahajjud di sepertiga malam
14. elakkan membaca tulisan di kuburan
15. elakkan melihat najis dan kemaluan semasa di tandas16. Gosok lidah semasa gosok gigi supaya lembut dan mudah sebutan makhraj.

PETUA BAGI ANAK BARU LAHIR
1. cukur rambut anak (licin botak) setiap hari Rabu selama 40 hari.
2. niatkan anak kita mudah dapat menghafaz quran sebelum kita tidur.

PETUA SUPAYA CEPAT DAPAT BELAJAR QURAN
1. Jangan bagi anak makanan syubhah.
2. beri susu ibu umur sampai 2 tahun
3. makanan paling baik buah kurma, kismis (ambil dalam bilangan ganjil) dan air zamzam

*Mudah-mudahan diberi kelebihan itu...
Sungguh damai, sungguh suci penglihatan mata memangdang.. kilauan burung-burung menggamit agar aku terus berada dlm situasi ini....
gegeh... tak dak bendanya hang dok berangan cik kak oi...
http://www.petuatradisional.com/tips/petua-awet-muda

sibintangpagi datang

salam semua... sibintangpagi nak kenalkan diri..
wah.. gamaknya bintang muncul dimalam hari..
tetiba jerk rasa nak kuar pepagi...